Thursday, October 28, 2010

SENI..SENI..SENI...

Pengertian seni sering kali disifatkan sebagai sesuatu yang indah iaitu seni adalah suatu idea, gagasan, perasaan, suara hati, gelodak jiwa yang diwujudkan melalui unsur-unsur tertentu yang lebih bersifat indah untuk memenuhi keperluan manusia. Menurut Alexander Baum Garton seni adalah keindahan dan seni juga mempunyai tujuan yang positif menjadikan penikmat merasa dalam kebahagiaan. Sebaliknya, Ki Hajar Dewantara juga menyatakan bahawa seni merupakan hasil keindahan sehingga dapat menggerakkan perasaan indah orang yang melihatnya, hal ini kerana perbuatan manusia dapat mempengaruhi dan menimbulkan perasaan indah itu yang dinamakan sebagai seni (Pengertian Seni dari http://grou.ps/marufbicara/blogs/item/pengertian-seni/).

            Selain itu dalam pengertian Islam, seni juga merupakan fitrah manusia yang turut memberikan kesan kepada jiwa. Sebagai Muslim, seni mestilah dipandang sebagai wahana kepada niat atau matlamat yang dikehendaki yakni hukum seni itu bergantung kepada hukum niat dan matlamat. Jika matlamatnya adalah halal maka seni yang dihasilkan adalah halal dan begitulah sebaliknya. Namun seni juga merupakan antara rasa rohani yang dimiliki manusia seperti rasa estetika yang bermaksud bahawa manusia selalu atau memiliki sesuatu yang mengandungi keindahan atau sesuatu yang menyenangkan dan menyeronokan.

            Oleh itu pengertian bagi seni sangat meluas dan seni juga dapat dilihat sebagai sesuatu yang subjektif untuk digambarkan dan seni bukan sahaja diaplikasikan ke dalam satu bidang tetapi dalam beberapa bidang seperti seni suara, seni tari dan seni lakon. Dengan itu kesemua seni tersebut merupakan seni yang memerlukan pergerakan suara dan ekspresi dalam melahirkan sesuatu yang indah dari dalam diri kita. Oleh itu seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran seseorang manusia yang diolah secara halus dan sederhana (Pahlawi Web Mei 2007). Hal ini dapat menggambarkan bahawa seni sebagai satu pergerakan yang dinamik dan pemikiran yang logik manusia yang diwujudkan melalui ketekunan dan kehalusan budi yang ditentukan oleh ilmu, moral dan ketakwaan manusia terhadap Maha Pencipta. Seni juga merupakan satu disiplin ilmu yang bersama-sama terbentuk dalam mencapai kedewasaan akhlak dan tabiat seseorang muslim seperti jujur, rajin, taqwa serta sabar.

No comments:

Post a Comment