Sunday, October 31, 2010

Alat-Alat Gamelan..





1.         Keromong/Bonang
Gong yang berukuran kecil dan diperbuat daripada 'perunggu'. Merupakan alat melodi utama dalam ensemble Gamelan Melayu. Mengandungi dua oktaf yang berlaras anhemitonik pentatonik dan disusun di atas tapak khas secara mendatar dalam kedudukan yang menyongsang. Secara fizikal, alat Bonang mempunyai bentuk seperti kendi (kettle-shaped) dan sifat bunyinya berprinsipkan kepada 'dengung'. Secara dikotomi bonang yang beroktaf rendah dikenali sebagai wedok (perempuan) dan yang beroktaf tinggi sebagai lanang (lelaki) mengikut bahasa Jawa. Dalam permainan Gamelan Melayu, melodi pokok diimprovisasikan secara berkumpulan yang dapat diterjemahkan sebagai heterofoni. Ianya menggunakan sistem notasi angka dikenali sebagai French Cheve System sempena dengan nama pengasasnya iaitu Dr Emile Cheve daripada Perancis.
Di kalangan masyarakat di Terengganu khususnya, secara tradisi, alat bonang dikenali sebagai Keromong, yakni memakai sistem nama yang hampir sama dengan alat dari keluarga Gong yang terdapat di Sarawak, dikenali sebagai 'Engkeromong'. Manakala dalam tradisi Gamelan di Johor, Bonang merupakan alat terpenting dalam ensemble yang menvariasikan melodi pokok ataupun lebih tepat lagi disifatkan sebagai Cantus firmus, iaitu satu melodi pendek.

Bonang mempunyai sepuluh buah canang yang diperbuat dari perenggu. Canang-canang disusun dalam dua baris dan diapungkan di atas dua lingkar tali. Tiap-tiap canang mempunyai nada yang berbeza-beza. Nada canang baris terdekat dengan pemain adalah lebih tinggi dan nada canang juga meningkat dari kanan ke kiri. Kebiasaanya dimainkan dalam pertunjukan gamelan Terengganu, Pahang dan Jawa. Ia dimainkan dengan menggunakan pengetuk kayu yang hujungnya berbalut.




Bonang mengandungi 2 oktaf yang berlaras 'anhemitonic pentatonic'. Sifat bunyi berprinsip kepada dengung secara dikotomi 'bonang' yang beroktaf rendah dikenali sebagai 'wedok'(perempuan) dan yang beroktaf tinggi sebagai 'lanang' (lelaki) mengikut bahasa Jawa.Bonang merupakan alat terpenting dalam essemble yang menvariasikan melodi pokok ataupun satu melodi pendek yang juga berfungsi sebagai intro lagu khususnya untuk gendhing bonang (penghias lagu).Bonang dimainkan dengan menggunakan pengetuk kayu yang hujungnya berbalut. Bonang membunyikan bunga-bunga melodi dan dimainkan secara oktaf, ketukan bergilir nod pertama diketuk sebelum rentak dan kedua selepas rentak.
A [ 6 5 3 2 1 ]
--------------------
B [ 1 2 3 5 6 ]
Bonang mempunyai 2 rancak, satu rancak adalah untuk bonang laras slendro yang berisi 12 pencon dan satu lagi adalah untuk laras pelog yang berisi 14 pencon. Slendro mempunyai 10 buah pencon yang setiap satunya berbeza nada yang diapung di dalam ruang rak segiempat di atas dan mempunyai 2 baris atas(nada tinggi) dan bawah (nada rendah). Ia dimainkan menggunakan 2 belah tanga, masing-masing memgang alat pemukul.




1.         Gambang
Gambang adalah sejenis alat muzik 'metallaphone' yang diperbuat daripada kayu keras seperti cengal, medang atau dari batang nibong.Gambang mempunyai 4 oktaf panjang dan mempunyai 21 keping kayu berbentuk 4 segi panjang dan tiap-tiap satu berbeza panjangnya dan tebalnya. Kepingan kayu ini terletak di atas kotak kayu panjang yang diasingkan setiap bilahnya dengan sebatang paku. Gambang biasanya dimainkan oleh seorang pemain sahaja. Pemain memerlukan 2 bilah pengetuk yang diperbuat daripada tanduk kerbau ( pemegang) dan bahagian pemukulnya berbentuk bulat pipih dengan tepinya disalut dengan lilitan kain.Alat pemukul ini juga dikenali sebagai 'mallet'.Cara permainannya ialah dengan mengetuk menggunakan kedua-dua belah tangan secara serentak mengikut not-not lagu Bunyi gambang berbeza daripada alat lain kerana bunyinya adalah paling rendah berbanding alatan lain yang diperbuat daripada logam.


Pengenalan Sejenis alat zailofon diperbuat dari kepingan kayu yang berbeza saiz dan ketebalannya. Kepingan kayu ini diatur berbaris yang dilaraskan mengikut pic tertentu.
Fungsi Ia berfungsi sebagai alat yang memainkan bunga-bunga melodi mempunyai kelajuan dua kali ganda daripada kelajuan yang dibunyikan oleh saron barong. Dimainkan dalam joget gamelan Pahang dan Terengganu.
Cara Bermain Dimainkan oleh seorang pemain dengan memalu kepingan kayu dengan sepasang pemalu kayu berbalut.



Gong Agung digunakan secara berpasangan dengan Gong Suwukan, iaitu alat kolotomik yang berukuran sederhana besar dalam keluarga gong. Ianya diperbuat daripada penunggu dan berukuran 65 sm pada garis lintang. Sifat kolotomiknya lebih berpusat kepada ciri-ciri pembahagian pada keratan frasa-frasa lagu mengikut proses 'gongan' iaitu satu proses pembinaan lagu bagi setiap pembahagian keratannya sebelum kemasukkan gong yang berkenaan.


Kenong ialah Gong berbentuk periuk besar yang berbusut di tengah-tengah diperbuat daripada perunggu. Diatur melintang di atas tali yang direntang pada para-para. Kenong merupakan versi besar daripada gong yang biasanya set-set kecil. Kenong yang kedapatan dalam Joget Gamelan adalah seakan dan tiruan dari Gamelan Jawa Tengah. Digunakan dalam joget gamelan Pahang, Trengganu dan gamelan Batu Pahat. Dipalu dengan pemalu berbalut dihujungnya. Dimainkan oleh seorang pemain.



3.         Pengetuk Gambang

Pengenalan Alat zailofon dari kepingan logam dibuat berbusut di tengah tiap-tiap kepingan. Sebanyak 9 kepingan dipasang pada kotak gema.

Fungsi Kebiasaannya digunakan untuk muzik hiburan.

Cara Bermain Kepingan logam ini dipukul dengan pemalu kayu.






 
1.         Gendang
Gendang merupakan salah satu alat yang perlu dimainkan dalam setiap persembahan gamelan.Tanpa pukulan gendang, irama gamelan akan menjadi tidak lengkap malah pincang. Gendang dalam gamelan mempunyai fungsi tersendiri yang sifatnya tiada pada alat-alat lain. Gendang merupakan alat membraphone. Membraphone merupakan alat muzik yang terdiri daripada selaput-selaput kulit. Alat-alat membraphone dimainkan dengan cara tabuhan.. Oleh itu gendang merupakan alat tabuhan yang istimewa yang mempunyai sejarah pembuatan yan lama dan berkembang kepada variasi alat-alat tabuhan istimewa dan pelbagai.
Komposisi Gendang:
- Diperbuat daripada kayu,kulit binatang dan tumbuhan rotan.
- Badan gendang diperbuat daripada batang nangka atau batang cempedak.
- Boleh diperbuat daripada batang kelapa yang sederhana besar.-Batang dikorek untuk dilubangkan bahagian tengahnya, hinggga tinggal bahagian kulit batang setebal lebih kurang setengah inci.
- Bahagian depan (sebelah umbi) ditarah& dikecilkan sedikit dari bahagian tengah & bahagian hujungnya ditarah lebih kecil lagi hingga menjadikannya berbentuk bujur membesar bhg tengahnya.
- Kedua-dua hujung rangka ditutup dengan kulit binatang sama ada kulit kambing, lembu @ kerbau.- Sebelah tepi dicucuk dengan rotan dan ditarik sehingga tegang selari dengan batang yang menjadi kerangka gendang.
- Kebiasaanya bahagian yang kecil dicucuk dengan 6 urat rotan, manakala bahagian yang besar dengan 9 urat rotan.
-Antara rotan -rotan ini dikaitsilangkan dengan tali rotan.Fungsi Gendang
Gendang adalah alat penting di dlaam memimpin rentak bunyian baik rendah ataupun tinggi. Ia dianggap alat yang paling sukar dimainkan, dan memerlukan kemahiran yang tinggi di dalam permainan lantaran tidak mudah untuk diberi notasi.

Gendang adalah alat bunyian yang diperbuat daripada kulit binatang seperti kerbau, kambing atau lembu. Ia merupakan salah sebuah alat muzik dalam keluarga genderang. Setiap bangsa seperti Cina, Melayu dan India mempunyai gendang dengan nama yang tersendiri. Gendang boleh didapati dalam pelbagai saiz dan kegunaan. Ada gendang yang digunakan untuk persilatan bagi orang Melayu. Ada gendang digunakan bagi tari menari dan ada juga yang digunakan untuk menyambut perayaan atau pertabalan Diraja.
1.         Gong Agung
Gong Agung diperbuat daripada 'perunggu', mempunyai ukuran 90 - 95 sm pada garisan lintang serta ketinggian di antara 28 - 30 sm dan mampu untuk menerbitkan siri overtone yang terbanyak dan mempunyai pic suara yang terendah dalam keluarga gong. Berperanan sebagai alat kolotomik dalam genre Gamelan di Malaysia. Sifat kolotomiknya adalah lebih berpusat kepada ciri-ciri penamat bagi sesebuah lagu dan adakalanya digunakan sebagai penanda bagi keratin frasa-frasa lagu mengikut repertoirnya. Gong Agung daripada perunggu sering digunakan dalam permainan Gamelan Melayu iaitu satu nama genre yang digunakan apabila membicarakan mengenai rangkaian Gamelan di Malaysia iaitu Joget Gamelan, merupakan gabungan tarian dan muzik yang mula dicipta di kalangan istana-istana di Pahang pada abad ke 19, kemudian Terengganu pada awal abad ke 20.

Manakala Gong Agung yang sering digunakan dalam ensemble yang berkembang di Johor adalah diperbuat daripada besi oleh tukang-tukang yang mahir dari kalangan masyarakat Melayu berketurunan Jawa. Mereka menggunakan teknik petri dan tempa untuk membuat gong tersebut.

2.         Gambang Kayu
 
Pengenalan Sejenis alat zailofon diperbuat dari kepingan kayu yang berbeza saiz dan ketebalannya. Kepingan kayu ini diatur berbaris yang dilaraskan mengikut pic tertentu.
Fungsi Ia berfungsi sebagai alat yang memainkan bunga-bunga melodi mempunyai kelajuan dua kali ganda daripada kelajuan yang dibunyikan oleh saron barong. Dimainkan dalam joget gamelan Pahang dan Terengganu.
Cara Bermain Dimainkan oleh seorang pemain dengan memalu kepingan kayu dengan sepasang pemalu kayu berbalut.
3.         Pengetuk Gambang
   


Pengenalan Alat zailofon dari kepingan logam dibuat berbusut di tengah tiap-tiap kepingan. Sebanyak 9 kepingan dipasang pada kotak gema.

Fungsi Kebiasaannya digunakan untuk muzik hiburan.

Cara Bermain Kepingan logam ini dipukul dengan pemalu kayu.


Gong berbentuk periuk besar yang berbusut di tengah-tengah diperbuat daripada perunggu. Diatur melintang di atas tali yang direntang pada para-para. Kenong merupakan versi besar daripada gong yang biasanya set-set kecil. Kenong yang kedapatan dalam Joget Gamelan adalah seakan dan tiruan dari Gamelan Jawa Tengah.
Fungsi
Digunakan dalam joget gamelan Pahang, Trengganu dan gamelan Batu Pahat.

Cara Bermain
Dipalu dengan pemalu berbalut dihujungnya. Dimainkan oleh seorang pemain.

Kenong adalah sejenis alat idiophone yang ditemui di Asia Timur Selatan. Kenong mempunyai satu set alat yang menyerupai gong tetapi lebih nipis dan bulat berbanding gong yang berbentuk pipih dan lebih tebal. Alat ini diletakkan di atas tali tang diikat pada kayu yang diperbuat daripada kayu keras untuk menghasilkan nada merdu setelah diketuk dengan menggunakan aalat pengetuk seperti alat pengetuk bonang. Alat pengetuk kenong terdiri daripada kayu dan tali yang dililit pada bahagian atas kayu tersebut.Kenong dimainkan dengan cara mengetuk sekali setiap not lagu. Peranannya adalah untuk mengeluarkan bunyi yang lebih lembut daripada bunyi yang dihasilkan oleh gong.
Not pada alat kenong:

1 2 3 5 6 --------------------------

Secara amnya saron ialah alat muzik jenis zailofon yang diperbuat dari kepingan gangsa. Terdapat tiga jenis saron iaitu saron demung, saron barung dan saron peking atau saron penerus. Tiap-tiap kepingan dilaraskan mengikut aturan berbaris di atas kotak gema kayu.
Digunakan dalam Joget Gamelan Pahang dan Terengganu. Seorang pemain memalu kepingan-kepingan dengan pemalu.

Saron barung berukuran kecil sedikit dari saron demung dan besar sedikit dari sarun peking. Sejenis alat zailofon yang mengandungi enam kepingan logam yang diletakkan di atas dengungan kayu. Kepingan logam ini dipakukan di atas kotak secara longgar dan dijarakkan sedikit untuk membolehkan getaran yang maksimum. Kepingan yang lebih kecil dan lebih tebal bernada lebih tinggi. Kebiasaanya dimainkan dalam pertunjukan gamelan Terengganu, Pahang dan Jawa. Alat ini dimainkan oleh seorang pemain dengan sepasang pengetuk kayu. Saron barung ini memainkan melodi utama di mana satu not diketuk pada setiap rentak.



No comments:

Post a Comment