Thursday, October 28, 2010

aku berseni..

Semacam tak percaya yang semester ini aku mengambil lagi subjek yang berkaitan seni. kali ini subjek Seni dan Pendidikan pula. Semasa semester tiga, aku telah mengambil subjek Muzik Tradisonal : Gamelan. Sehingga kini video tersebut sentiasa dipasang berulang-ulang kali menandakan bahawa aku mampu untuk bermain gamelan dengan jayanya. Walaupun sangat susah pada mulanya untuk mengikuti lenggok lagu dan irama serta sering kali dimarah oleh pensyarah namun setelah berulang kali membuat latihan, perasaan untuk bermain alat muzik tersebut semakin membara. Dari sebuah lagu ke lagu yang berikutnya membuatkan aku semakin teruja. Alhamdulillah, aku mampu mempelajari segala key dan not serta menghafal kod-kod lagu dengan jayanya.

Serba sedikit mengenai sejarah Gamelan ialah..

Perkembangan Gamelan Terengganu mencapai puncak kegemilangan pada masa pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah bersama permaisurinya, Tengku Ampuan Mariam yang dikahwini pada tahun 1913 untuk memulihkan hubungan antara Pahang & Terengganu. Pada tahun 1914,apabila Sultan Ahmad Mangkat, isterinya Cik Zubedah telah berangkat ke Terengganu untuk tinggal bersama puterinya, Ampuan Mariam di istana.Pada 1915, set gamelan telah dibawah jagaanya di Pahang telah dibawa ke Istana Maziah Terengganu.dan melatih pemuda-pemudi Terengganu untuk bermain/menari gamelan.
Pada 1920, selepas kemahkotaan Sultan Sulaiman, usaha dipergiatkan dgn membawa bekas penari Pahang, Yang Khoja & Cik Meriam untuk melatih penari Terengganu dan diketuai oleh Tengku Mariam.
Demikian pula, En, Wan Mohd, En.Wan Ahmad & En.Ahin, bekas pemain muzik Pahang bersama melatih kumpulan Trg yang dikelolakan oleh Sultan Sulaiman. Sehingga 1936, Sultan dan permaisuri berjaya memiliki set sendiri.Berbagai-bagai lagu dan tarian dicipta termasuk lambang sari, geliung, ketam renjong,togok,gagak seteru, lancang kuning dan sebagainya.Tengku Ampuan Mariam telah menulis sebuah manuskrip mengenai tarian sementara Sultan Sulaiman telah bertanggungjawab menukarkan nama "Joget Pahang" kepada "Joget Gamelan Terengganu".

Bagaimanapun gamelan Terengganu mengalami kejatuhan pada zaman penaklukan Jepun,1941 dan kemangkatan Sultan Sulaiman,1942. Tengku Mariam berpindah ke Istana Kolam dengan membawa set gamelan bersama 2 orang bekas penarinya, Cik Adnan Abd. Set gamelan telah dikembalikan ke Pahang , 1973 setelah berlakunya tawar-menawar yang tidak menyenangkan antara kerajaan Pahang dan kerajaan terengganu. Set Gamelan tersebut telah dianugerahkan kepada Muzium Pahang di Pekan dan dipamerkan.

1 comment:

  1. Casino Online, Review & Bonus Codes 2021 - Poormans
    A complete list of casinos accepting Bitcoin, Ethereum and kbo 분석 other 잭팟시티 cryptocurrencies. 파라오 슬롯 The list is 젖탱 comprehensive, with the best bonuses available to 썬시티 get

    ReplyDelete